TAN YI YING

TAN YI YING
Unit: S8
Major: Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 550D
Lens: EF 50mm, EFS 18-135mm

Jenis-Jenis Lensa

 Jenis-Jenis Lensa

1. Fish Eye Lens (8mm)

Lensa fish eye mempunyai 8mm dan sudut pandangan hampir 180 darjah. Ia mempunyai kelengkungan yang membulat apabila menggunakan lensa ini. Lensa ini sangat mahal dan sesuai digunakan dalam beberapa keadaan sahaja. Lensa ini besar dan sukar dibawa serta sukar untuk dijaga. Ia tidak boleh menggunakan filter untuk mengelakkan dari lensa tercalar (scratch). Namun, hasil gambar yang diambil kelihatan menarik.


2. Super Wide Angle Lens (16-24mm)

Super wide angle lens mempunyai jarak fokus kurang daripada 24mm (16-24mm). Lensa ini biasanya digunakan untuk merakam gambar seni bina dan lanskap. Contohnya, jurugambar seni bina menggunakan lensa ini untuk mengambil bangunan tinggi dan jurugambar harta tanah menggunakan lensa ini untuk memotret bahagian dalam. Jurugambar lanskap menggunakan lensa ini untuk membesarkan ukuran relatif objek dengan pemandangan yang luas di latar belakang.


3. Wide Angle Lens (28-36mm)

Lensa wide angle mempunyai sudut pandangan yang luas, sesuai digunakan untuk mengambil gambar landskap dan mampy mengambil gambar pada ruang yang sempit. Lensa ini senang untuk difokuskan. Ia mempunyai kesan 'depth of field' yang luas dimana kita tidak perlu susah payah untuk memfokuskan objek. Ia juga boleh mengambil gambar pada jarak yang dekat dan boleh menampakkan kesan lengkungan. Lensa ini tidak sesuai digunakan untuk mengambil gambar potrait kerana ia akan menampakkan seseorang itu kelihatan lebih gemuk disebabkan kesan lengkungan. Apabila kita menggunakan lensa ini untuk mengambil gambar, ia akan menyebabkan sesuatu ruang kelihatan lebih luas. Lensa wide angle mempunyai focal length dari 28mm-36mm.


4. Normal Lens / Standard Lens (50mm)

Normal lens juga dikenali sebagai standard lens. Lensa ini mempunyai 50mm bagi kamera fullframe. Lensa ini mempunyai sudut pandangan yang hampir sama dengan mata. Ia mudah digunakan kerana seseorang jurugambar boleh mengagak sudut pandangan merujuk kepada mata. Lensa 50mm mempunyai aperture paling maksima f/1.2 ke f/1.8. Maka, ia sesuai untuk mengambil gambar sukan dan keadaan kurang cahaya (low light).


5. Telefoto Lens (70mm / 100mm / 135mm / 200mm / 300mm)

Telefon merupakan lensa yang mampu membesarkan imej yang berjarak jauh. Ia juga dikenali sebagai 'Long Lens' kerana lensa ini biasanya panjang. Lensa ini mempunyai jarak 'depth of field' yang lebih pendek berbanding dengan lensa lain. Ia senang menghasilkan bokeh dan subjek mudah untuk diasingkan dari latar belakangnya. Setiap panjang fokus lensa mempunyai kesesuaian kegunaan mereka.

70-200mm: Potret, perkahwinan, sukan, hidupan liar

85mm: Potret, perkahwinan

100-400mm: Sukan, hidupan liar

135mm: Potret, sukan, perkahwinan, hidupan liar


6. Super Telefoto Lens (300mm)
Lensa ini mempuyai lebih panjang dari 300mm. Lensa ini digunakan untuk mengambil subjek yang muncul lebih dekat dengan kamera. Contohnya, untuk mengambil gambar permainan bola sepak dari luar, kita boleh menggunakan lensa ini untuk mengambl dengan aksi yang dekat. Lensa ini juga membantu kita mengambil gambar dengan latar belakang yang kabur. Jenis lensa ini biasanya digunakan untuk mengambil gambar sukan dan hidupan liar.

7. Mirror Lens (600-1000mm)
Mirror lens adalah teleskop padat. Lensa ini mempunyai panjang fokus 600-1000mm. Lensa kamera ii menggunakan kelompok elemen kaca yang diformulasikan untuk mengumpulkan cahaya dan menghantar gambar yang difokuskan ke sensor kamera. Kelebihan mirror lens ini adalah lebih murah kerana elemen kaca memerlukan lebih banyak masa pengeluaran dan peralatan yang mahal untuk dihasilkan. Reka bentuk lensa ini juga menjadi satu kelebihan dimana fail gambar yang dihasilkan oleh mirror lens bebas penyimpangan kromatik dan luar paksi. Lensa ini sesuai digunakan untuk memotret pemandangan dan hidupan liar.

6. Makro Lens

Makro Lens AF adalah lensa yang mampu mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat seperti 5 inci dan sebagainya. Lensa ini selalunya digunakan untuk mengambil gambar spesis-spesis serangga yang kecil, bunga dan lain-lain gambar 'stay still photo' (gambar yang statik). Lensa ini juga mahal tetapi menghasilkan gambar kecil dengan jelas.


8. Zoom Lens

Zoom lens mempunyai reka bentuk dan susun atur gelas yang sangat komplek. Ia mempunyai kumpulan-kumpulan lensa dan tujuan-tujuan tertentu. Salah satu tujuan adalah untuk mengubah pembesaran imej, memfokuskan dan membuat pembetulan. Lensa ini boleh mengubah focal length dalam tahap beberapa kali seperti 2x, 3x, 4x dan sebagainya. Contoh lensa adalah zoom wide angle (18-24mm), zoom standard (24-85mm), zoom telephoto (70-210mm). Masalah lensa ini adalah ia selalunya tidak mempunyai aperture yang besar. Ia tidak boleh mengekal aperture yang sama pada focal length yang berbeza dan harganya agak mahal. Contohnya, lensa 18-55mm mempunyai aperture f/3.6-5.6. Aperture maksima pada 18mm adalah f/3.5, manakala aperture maksima pada 55mm adalah f/5.6. Zoom lens banyak digunakan dalam journalist dan wedding photographer kerana ia membantu untuk meringankan beg mereka untuk membawa banyak lensa. Ia memudahkan mereka untuk membuat komposisi tanpa perlu bergerak belakang dan hadapan. 



Bentuk-Bentuk Lensa

 Fish eye lens 

Super wide angle lens 


Wide angle lens 


Normal lens / standard lens 


Telefoto lens 


Super telefoto lens 


Mirror lens 


Micro lens 


Zoom lens 


0 comments:

Post a Comment