TAN YI YING

TAN YI YING
Unit: S8
Major: Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 550D
Lens: EF 50mm, EFS 18-135mm

Sejarah Fotografi

 Sejarah Fotografi

    Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Pada era perkembangan ICT yang semakin pesat, fotografi telah berkembang dengan teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah mengubah dunia fotografi.


    Kamera digital telah diterima secara meluas, namun fotografi dengan menggunakan filem masih digunakan dalam kalangan peminat fotografi. Pada abad 17 dan 13, kamera mula diperkenalkan apabila para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potret. Maka, untuk menyelesaikan masalah tersebut, mereka mencipta kamera Obscura bagi kemudahan merakam imej.


Kamera Obscura


    Pada abad ke-5 sebelum masihi, MoTi teleh mencipta gejala fotografi. Apabila sebuah ruangan gelap dengan adanya lubang yang memancarkan sinar, maka di tembok suatu ruangan tersebut akan terlihat gambar sumber cahaya tadi secara terbalik. Ibn Al-Haitham, seorang Arab juga menemukan gejala yang sama. Gambar foto pertama dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam.

Konsep gejala fotografi

    Louis Jacques Mande Daquerre merupakan bapa fotografi dunia (1837). Kamera Obscura merupakan kamera yang pertama kali digunakan untuk mengambil gambar potret. Kamera Obscura telah diubahsuai sehingga mencipta kamera Kodak (Eastman Kodak) yang ditemukan oleh Snapshooter pada 1888 di Amerika.

Louis Jacques Mande Daquerre

    Pada tahun 1900, seorang jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Ukuran kamera ini sangat besar dan beratnya adalah 1400 paun. Berat lensanya adalah 500 paun. Seramai 15 orang tenaga manusia diperlukan untuk memindahkan kamera ini. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4½ × 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons untuk memprosesnya.

Kamera Mammoth


    Pada awal kewujudan kamera digital, kurang orang yang menggemarinya kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera Obscura telah diubahsuai secara berterusan sehingga mencipta kamera Kodak oleh George Eastman yang bersaiz kecil pada sekitar 1888. Dari zaman obscura sehingga era digital, kamera kini menjadi produk bersaiz kecil, murah dan mesra pengguna berbanding dengan produk kamera pada zaman obscura yang mahal dan susah dibawa.




0 comments:

Post a Comment