TAN YI YING

TAN YI YING
Unit: S8
Major: Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 550D
Lens: EF 50mm, EFS 18-135mm

Pengenalan Fotografi

Apakah maksud 'fotografi'?


    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, maksud fotografi adalah seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan foto.

    Seni fotografi adalah gabungan kemahiran teknikal dan seni.. Kemahiran teknikal ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja melalui kaedah pembelajaran teori dan praktikal.

    Istilah fotografi diterbit dari gabungan perkataan photo dan graphy. Perkataan 'photography' berasal dari perkataan Perancis 'photographie' yang didasarkan kepada dua perkataan Greek, 'photos' dan 'graphos'. 'Photos' bermaksud cahaya dan 'graphos' pula bermaksud gambar atau visual. Maka, fotografi adalah suatu lukisan atau visual yang terhasil daripada rakaman cahaya.

    Prinsip fotografi adalah menfokuskan cahaya sehingga menangkap cahaya tersebut. Medium yang telah dibakar ukuran luminitas cahaya yang tepat akan menghasilkan bayangan identiti dengan cahaya yang muncul dalam medium pembiasan (selanjutnya disebut lensa).





0 comments:

Post a Comment