Proses Membentuk Mini Studio Fotografi
Hari ini saya telah menghasilkan satu mini studio fotografi yang ringkas dan mudah dengan menggunakan bahan sedia ada di rumah. Bahan yang saya gunakan juga mudah diperolehi dan dicari. Saya menghasilkan mini studio yang paling mudah dan ringkas. Berikut merupakan proses saya menghasilkan mini studio ini.
Bahan yang diperlukan:
Kotak, kertas putih, gum, pemotong, touch light, pen
Proses menghasilkan mini studio fotografi:
Langkah 1: Sediakan satu kotak.
Langkah 2: Lekat kertas putih untuk membalut dalaman kotak.
Langkah 3: Pilih satu permukaan kotak dan lukiskan bulat berdasarkan saiz touch light.
Langkah 4: Potongkan bulatan tersebut.
Langkah 5: Letakkan touch light pada lubang tersebut.
Langkah 6: Letakkan objek di dalam kotak untuk mengambil gambar.
Kesimpulannya, cara penghasilan mini studio fotografi ini adalah sangat mudah tetapi sumber cahayanya adalah terhad. Hal ini kerana hanya ada cahaya dari atas objek tersebut. Oleh itu, ia akan memberi kesan kepada hasil gambar yang diambil.
0 comments:
Post a Comment