Penggunaan dan Pengendalian
Teknik Penggunaan dan Pengendalian Kamera
1. Mode Dial M (Manual)
Fungsi mod dial M pada kamera adalah mengatur diafragma atau aperture dan shutter speed secara manual. Mod ini adalah kawalan sepenuhnya oleh jurugambar semasa merakam gambar.
2. Mode Dial P (Program)
Dengan menggunakan mod ini, setting pada diafragma dan shutter speed akan secara automatik dikawal oleh kamera tetapi kita boleh mengubah kombinasi ini dalam memilih besaran ISO. Dalam mod ini, kamera akan berusaha mengimbangkan antara shutter speed dengan aperture untuk mendapatkan gambar yang normal.
3. Mode Dial S atau TV (Shutter Priority)
Mod ini berfungsi untuk memotret pelbagai benda yang bergerak untuk merakamkan gerakannya. Kita hanya perlu mengatur shutter speed sahaja. Contohnya, untuk memotret manusia yang diam, meminimakan kecepatan 1/60s supaya gambar tidak kabur atau goyang. Untuk memotret anak-anak yang bermain, mengadjustkan kecepatan dengan lebih tinggi seperti 1/250s supaya subjek dalam gambar akan beku (freeze).
4. Mode Dial A atau AV (Aperture Priority)
Mod ini membolehkan jurugambar mengatur berapa aperture atau bukaan lensa yang diingini. Contohnya, untuk memotret manusia (portaiture) dengan latar belakang yang kabur atau blur atau bokeh, maka perlu mengatur aperture ke angka yang paling kecil untuk mendapatkan bokeh yang maksima dan subjek menjadi fokus.
Kawalan Program yang Dikawal oleh Kamera
1. Mode Auto
Dalam mod ini, kamera akan berusaha menganalisis subjek dan menentukan semua tetapan kamera. Setelah subjek telah dikenalpasti, bolehlah kita snap tanpa mengubah apa-apa. Dalam mod ini, kamera akan menentukan ukuran ISO, shutter speed dan aperture berdasarkan keadaan cahaya semasa menelan shutter setengah iaitu melakukan pemeteran). Mod ini boleh digunakan apabila keadaan terlalu tergesa-gesa iaitu kita tidak mendapatkan tetapan kamera seperti saat lilin meniup ulang tahun dan jika seseorang itu adalah pemula untuk belajar menggunakan kamera.
2. Portrait
Kamera secara automatik akan mempersempitkan ruang tajam (depth of field) sehingga background menjadi kabur dan wajah model akan lebih menonjol.
3. Landscape
Semasa memotret pemandangan, kamera akan menggunakan ruang tajam yang lebar sehingga objek yang dekat dengan lensa sehingga yang jauh terlihat tajam. Warna hijau dan biru juga akan lebih ditonjolkan.
4. Close Up (Macro)
Fungsi ini digunakan semasa memotret bunga dari jarak dekat atau memotret semangkuk mi sebelum dimakan.
5. Sports
Fungsi ini digunakan semasa memotret objek yang bergerak cepat. Kamera akan berpindak ke mod fokus yang melakukan tracking mengikuti gerakan objek.
6. Night Portrait
Fungsi ini digunakan semasa memotret wajah pada waktu malam. Flash secara automatik akan menyala.
7. Sunset / Sunrise
Fungsi ini digunakan semasa memotret sunset atau sunrise.
8. Fireworks
Untuk memotret kembang api dengan menggunakan shutter speed yang sangat lambat.
9. Beach / Snow
Kamera akan melakukan kompensasi untuk menghindari gambar under-exposed untuk mengukur latar belakang putih.
0 comments:
Post a Comment