TAN YI YING

TAN YI YING
Unit: S8
Major: Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 550D
Lens: EF 50mm, EFS 18-135mm

Jenis-Jenis Kamera

 Jenis-Jenis Kamera Analog

1. Box Camera

Box camera juga dikenali sebagai kamera kotak. Jenis kamera anologi ini adalah kamera yang pertama dicipta. Ia berbentuk kotak dan dilihat saiz yang sederhana.


2. Kamera Pinhole

Kamera Pinhole ini tidak menggunakan lensa tetapi dengan aperture yang kecil (lubang jarum). Gambar yang dihasilkan adalah daripada prosyeksi cahaya melalui satu lubang kecil. Prinsip yang digunakan dalam kamera ini adalah semakin kecil lubang, semakin tajam gambarnya. Kamera ini memerlukan masa yang lama untuk menangkap fokus objek dengan tepat.

3. Kamera Large Format

Kamera Large Format juga dikenali sebagai kamera view. Ia menggunakan filem berukuran 4×5 inci hingga 8×10 inci. Kelebihan kamera ini adalah resolusi yang lebih tinggi pada piksel yang sama atau resolusi yang sama dengan piksel yang lebih besar.


4. Kamera Point and Shoot

Kamera Point and Shoot juga dikenali sebagai kamera digital padat dan disingkatkan kepada P&S iaitu kamera pegun untuk operasi mudah. Sebahagian besar kamera ini menggunakan lensa bebas fokus atau autofokus.


5. Kamera Range Finder

Kamera Range Finder menggambar objek secara langsung dari view finder tanpa melalui lensa utama. Kamera ini menggunakan dua alat untuk menyatukan satu hasil gambar. Keunikan kamera ini adalah ia dilengkapi dengan pengukur jarak dan bentuknya adalah ringkas.


6. Kamera Twins Lens Reflex (TLR)

Kamera TLR mempunyai dua lensa objektif yang sama panjang fokus. Satu lensa adalah objektif fotografi atau 'lensa pengambilan' iaitu lensa yang mengambil gambar dan lensa lain digunakan untuk sistem pemidang titik (view finder). Kamera ini memberikan gambar secara terus-menerus pada layar finder.

7. Kamera Single Lens Reflex (SLR)

Kamera SLR adalah kamera reflekslensa tunggal. Kamera ini menggunakan prinsip pancaran cahaya masuk ke dua tempat iaitu bidang fokus dan pencari pandangan. Kamera ini membolehkan jurugambar melihat objek melalui kamera yang sama seperti dengan gambar. Namun, jurugambar perlu mahir menyesuaikan tetapan pada kamera secara manual. Kamera SLR dikembangkan kepada kamera DSRL.


Jenis-Jenis Kamera Digital

1. Compact Camera (Kamera Saku)

Compact camera adalah bersaiz kecil dan mempunyai fungsi yang sama. Namun, kamera ini hanya lensa tetap (fixed lens) dimana lensanya tidak boleh ditukar dengan lensa yang lain. Kamera ini kekurangan view finder. dan jarak perbesaran adalah terbantas.


2. Bridge Camera (Prosumer)

Bridge camera adalah satu camera yang mempunyai lensa tetap (fixed lens) tetapi dalam saiz yang lebih besar. Dengan kata lain, ia mempunyai julat zoom yang besar dan banyak kawalan manual. Kamera ini mempunyai view finder dan lebih ringan daripada DSLR. Kamera ini adalah serba boleh. Kamera ini sesuai untuk permulaan atau orang yang tidak mahu berfikir tentang lensa.


3. Kamera Mirrorless
Kamera mirrorless ini tidak menggunakan cermin. Disebabkan tiada keberadan cermin, ukuran kamera ini menjadi lebih kecil dan ringkas daripada DSLR tetapi kemampuannya setara dengan DLSR level middle-end. Kelebihannya adalah lensanya boleh dilepas seperti DSLR sehingga menyesuaikan dengan ketubuhan semasa mengambil gambar.


4. Kamera Aksi (Action Camera)
Kamera ini sangat disukai oleh orang muda dewasa untuk mengambil gambar atau merakam video sukan lasak atau vlogger. Kamera ini biasa banyak digunakan untuk merakam video berbanding dengan mengambil gambar. Kamera ini dapat dipasang pada kenderaan atau tepi keselamatan kerana bentuknya lebih kecil daripada kamera saku. Kamera ini boleh menghasilkan videa 1080p pada kelajuan 30 bingkai sesaat (fps) atau 720p pada 60 fps. Dengan kata lain, kualiti gambar yang dihasilkan beradda pada kelas High Definition (HD) yang tajam. Kamera ini juga mempunyai ciri penstabilan imej (image stabilization) dimana gambar yang dihasilkan hampir tanpa gementar walaupun dipasang pada kenderaan yang bergerak pantas.


5. Kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR)
Kamera DSLR merupakan kamera tahap professional dari semua jenis kamera digital. Kamera DSLR mempunyai banyak ciri berguna untuk menghasilkan gambar yang menarik. Kamera ini mempunyai optical view finder dan interchangeable lens. Image sensor kamera ini juga lebih besar dan mempunyai banyak butang kawalan manual. Kamera DLSR generasi terbaru bukan sahaja digunakan untuk mengambil gambar malah juga boleh digunakan sebagai kamera video dengan kualiti gambar kelas HD.


6. Kamera Video
Kamera video juga dikembangkan dari generasi sebelumnya pada era anolog sehingga kini.  Sebelumnya, ia dirakam dengan menggunakan kaset atau CD, namun kini semua rakaman telah disimpan dalam kad memori. Kamera ini hanya dapat digunakan untuk mengambil video atau bayangan yang bergerak. Ia tidak dapat mengambil gambar seperti DSLR. Kamera ini sangat membantu penyumbang televisyen semasa menghantar data daripada liputan mereka kerana dapat diedit secara langsung di komputer dan dihantar ke pejabat melalui internet. 


7. Kamera Medium Format
Kamera ini biasanya digunakan untuk komersial produk kerana ia dapat menghasilkan gambar yang sangat terperinci. Hal ini kerana kamera ini mempunyai kelebihan ketajaman perincian objek yang diambil.


8. Bontique Camera
Kamera ini tidak besar daripada kamera saku. Kamera ini mempunyai sensor fullframe yang melebihi kemampuan DSLR. Namun, kamera ini sangat mahal.

0 comments:

Post a Comment