Teknik Fotografi
1. MakroFotografi makro (teknik membuat objek foto lebih besar dari aslinya) unik dan bermanfaat. Sangat menarik untuk membuat gambar yang bagus untuk subjek yang kecil dan menangkap detail yang tidak terlihat oleh mata manusia. Cara terbaik untuk membuat fotografi makro adalah dengan mencari subjek yang menarik dan terperinci seperti haiwan dan tumbuhan.
Aperture: Jika ingin menghasilkan soft-focus macro photo, boleh guna aperture f/2.8 atau f/3.2. Jika ingin menghasilkan subjek yang tajam, boleh guna aperture f/8 atau ke atas.
Shutter speed: Boleh guna shutter speed yang tinggi untuk membekukan subjek.
Jika mengambil gambar tumbuh-tumbuh atau serangga yang merangkak, boleh guna shutter speed 1/250s ke atas.
Jika mengambil gambar serangga terbang, boleh guna shutter speed yang lebih pantas seperti 1/1000s hingga 1/2000s.
ISO: Guna ISO yang rendah. Jika cahaya tidak mencukupi, baru meningkatkan ISO.
2. HDR Photo
HDR (high dynamic range) adalah teknik fotografi yang menangkap gambar dari tiga subjek berbeza dan menggabungkannya untuk mengambil gambar yang menakjuban dalam foto. Cara terbaik yang digunakan dalam teknik ini adalah menggunakan pengaturan pengambilan otomatis dan posisikan tripod pada posisi yang benar untuk kamera beroperasi.
Exposure: Tetapkan exposure kepada -2, 0, +2.
Lensa: Guna lensa yang dapat zoom out kepada 28mm atau lebih besar.
3. Silhouette Photo
Silhouette adalah teknik unik dan menyenangkan untuk membuat foto dramatik. Waktu terbaik untuk melakukan teknik ini adalah di bawah sinar matahari. Untuk membuat efek siluet, letakkan subjek di depan matahari dan potret matahari. Kecepatan shutter (rana) cepat menghasilkan hasil cahaya gelap, kecepatan shutter lambat membuat gambar menjadi terang.
ISO: Guna ISO yang rendah untuk mengurangkan noise dan membuat kesan gelap.
Shutter speed: Guna shutter speed yang tinggi untuk mengekalkan kesan gelap.
Aperture: Untuk mendapat kesan bokeh pada latar belakang foto, guna bukaan lensa yang besar. Namun, guna bukaa lensa yang kecil untuk mendapatkan kesan gambar yang tajam.
4. Rain Photography
Rain photography menghasilkan gambar yang artistik dan dramatik. Untuk memotret semasa hujan memerlukan peralatan dan susunan khas seperti mengatur komposisi foto dalam keadaan susah.
ISO: Guna ISO yang tinggi untuk mengatasi keadaan cahaya rendah. Oleh sebab itu, kita memerlukan tetapan ISO sederhana hingga tinggi. ISO yang tinggi dapat mengekalkan shutter speed yang cepat dan mampu mengambil titisan hujan pada kamera. Jadi, foto akan kelihatan lebih nyata.
Shutter speed: Guna shutter speed yang tinggi terutamanya jika ingin berfokus untuk memotret percikan air. Jika ingin mengambil titisan air yang jatuh, maka boleh menggunakan shutter speed yang lebih rendah tetapi tidak boleh terlalu rendah kerana akan kehilangan titik fokus.
Aperture: Guna aperture yang besar untuk memudahkan lebih banyak cahaya masuk kamera.
5. Night Fotografi
ISO: Gunakan ISO yang rendah seperti ISO 100, 200 dan 400. Hal ini adalah untuk mengurangkan noise pada gambar dan menghasilkan tampilan yang jelas dengan warna gelap.
Shutter speed: Guna shutter speed yang rendah seperti 1/30 hingga 1/60 saat. Disebabkan keadaan gelap, shutter speed yang lebih lama akan memberi masa yang cukup untuk membolehkan banyak cahaya masuk kamera. Jika gambar yang dihasilkan terlalu gelap, boleh naikkan masa shutter speed. Jika gambar yang dihasilkan terlalu terang, boleh kurangkan masanya.
Aperture: Guna aperture yang tinggi seperti f/8, f/11 atau f/16 untuk menghasilkan DOF yang panjang dan menghasilkan gambar yang tajam dari latar depan hingga latar belakang. Mulakan dengan f/11. Jika gambar terlalu terang, guna f/16. Jika gambar terlalu gelap, guna f/8.
0 comments:
Post a Comment