Fungsi Kamera
Fungsi Kamera
1. Lensa
Lensa merupakan bahagian penting bagi kamera DSLR. Lensa terpisah daripada badan kamera dan berperanan dalam mengambil gambar yang menarik. Semua gambar yang diambil mesti melalui lensa terlebih dahulu. Jika terdapat sedikit kekotoran pada lensa, maka ia akan menjejaskan kecantikan hasil gambar. Oleh sebab itu, lensa harus sentiasa dijaga dan dibersihkan daripada pelbagai kotoran atau jamur yang kerap muncul.
2. Shutter Button
Shutter button berada pada badan kamera. Shutter button berfungsi mengaktifkan rana dalam badan kamera untuk mengambil gambar-gambar yang ingin diambil dengan menggunakan jari telunjuk. Shutter button hanya berkaitan langsung dengan rana dan tidak ada komponen atau alat pengatur yang lain.
3. View Finder
View finder digunakan untuk melihat objek yang ingin ditangkap gambar dan ia menjadi bahagian yang penting semasa mengambil gambar. Terdapat alat pada view finder untuk membuat fokus khusus dengan bermata minus atau plus (satu mata buka untuk melihat view finder dan satu mata tutup).
4. Aperture
Satu bahagian dimana saiz bukannya boleh dilaras. Apabila saiz bukan aperture adalah besar, maka makin banyak cahaya dapat masuk ke dalam kamera.
5. LCD Display
Pada bahagian belakang badan kamera DSLR, terdapat satu LCD display. LCD display ini mempunyai banyak fungsi. Ia menjadi satu alat untuk menampilkan sistem kamera seperti shutter speed, ISO, diafragma, white balance dan sebagainya. Hasil gambar yang diambil juga menampil pada LCD display. Fungsi ini akan muncul semasa shutter button ditekan. LCD display juga menjadi paparan untuk melihat objek yang dirakamkan video.
6. On / Off Switch
Tombol ini berfungsi untuk menghidupkan dan mematikan kamera. Ia berada di atas badan kamera dan adanya pada bahagian sama dengan shutter button atau mode dial. Mereka hanya berada pada kedudukan yang berbeza, tetapi fungsi yang sama.
7. Mode Dial
Mode Dial adalah berbentuk bulut pada bahagian kamera DSLR. Fungsianya adalah memberi perintah kepada kamera untuk menggunakan mod yang diingini atau diperlukan. Terdapat mode Manual (M), auto (A atau P), mod AV dan TV. Setting yang disediakan pada mode dial dapat membantu jurugambar mendapatkan gambar yang sesuai semasa memotret.
8. Main Control Dial
Bentuk dial ini serupa dengan mode dail. Sebahagian dial ini berada dalam badan kamera. Bentuknya adalah bergerigi untuk memudahkan pilihan dengan menggunakan jari tangan. Biasanya, eksposur atau diafragma diatur oleh main dial. Namun begitu, menu lain juga menggunakan main dial seperti ISO atau white balance.
9. Tombol Pelepas Lensa (Lens Release)
Fungsi tombol ini hanya sebagai pelepas lensa dari badan kamera. Jika tidak menekankan tombol ini semasa melepaskan lensa, lensa dan badan kamera akan rosak. Posisi tombol ini adalah di bahagian depan badan kamera dan tepat di tepo kedudukan bagi lensa.
10. Built-in Flash
Kamera DLSR pada awalnya mempunyai flash terbina dalam kamera. Maka, untuk mengaktifkan flash bawaan, perlu menggunakan banyak tombol. Jadi, flash ini diletakkan di atas badan kamera. Ia membantu mengambil gambar dengan lebih terang dengan keadaan objek yang kekurangan cahaya.
Bagaimanakah kamera DSLR berfungsi?
Seperti yang kita tahu, cahaya masuk melalui lensa. Dalam bahagian tengah lensa, terdapat satu benda iaitu aperture. Aperture dibuka dengan besar, lebih banyak cahaya akan masuk melalui lensa. Jadi, imej yang masuk melalui lensa akan dipantul oleh reflex mirror dan menuju ke pentaprism. Pentaprism akan membalikkan imej sehingga kita melihat subjek dengan jelas dan latar belakang yang kabur pada view finder. Pada ketika itu, sensor kamera tidak aka menerima cahaya atau imej kerana shutter masih ditutup.
Apabila shutter button ditekan untuk merakam gambar, reflex mirror akan dinaikkan ke atas untuk membolehkan cahaya masuk dan menuju ke bahagian belakang kamera sebelum cahaya didedahkan pada sensor. Reflex mirror dinaikkan, kita tidak dapat melihat imej pada view finder. Apabila shutter dibuka, lalu cahaya didedahkan kepada sensor. Setelah shutter dibuka untuk tempoh masa tertentu, ia akan ditutup kembali. Reflex mirror akan diturunkan semula dan aperture dibuka semula pada saiz bukaan maksima.
0 comments:
Post a Comment