Kawalan ISO (Aperture)
Kawalan ISO
ISO penting untuk mengawal tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO yang rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter (shutter speed) yang lebih lama. ISO tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi akan menyebabkan gambar banyak noise.
Sebagai contohnya, apabila kita perlukan lebih ketajaman (DOF) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka kita perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. Sekiranya gambar dirosakkan dengan masalah blur disebabkan kelajuan shutter yang rendah, maka kita perlu menaikkan sensitiviti walaupun akan menyebabkan noise. Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan dengan menggunakan photoshop plugin seperti noiseninja.
Kesesuaian ISO berdasarkan keadaan:
ISO 100-200
Kesesuaian: Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio
Hasil: Gambar pada ISO ini akan menghasilkan warna, kontrast yang paling optimum.
ISO 400
Kesesuaian: Waktu mendung, dibawah litupan
Hasil: Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima
ISO 800
Kesesuaian: Waktu di dalam rumah
Hasil: Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.
ISO 1600
Kesesuaian: Waktu malam dan kurang bercahaya
Hasil: Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan kontrast gambar mula pudar.
ISO 3200-6400
Kesesuaian: Waktu yang gelap dan tidak bercahaya.
Hasil: Gambar sesuai diambil menggunakan black and white mode.
Kita dapat lihat dengan jelasnya, pada ISO 256000 noise yang dihasilkan cukup parah dan banyak noise. Pada ISO 12800 hasilnya lebih bagus daripada ISO 256000. Jadi, semakin tinggi ISO, semakin banyak noise.
0 comments:
Post a Comment