TAN YI YING

TAN YI YING
Unit: S8
Major: Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 550D
Lens: EF 50mm, EFS 18-135mm

Kawalan Dedahan (Aperture)

Dedahan / Exposure

Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan dikawal oleh lens diaphragm atau aperture, berapa lama ia dibuka iaitu shutter speed dan kawalan ISO.

Kesan gambar berdasarkan kategori dedahan yang dipilih


Jenis Dedahan (Exposure Modes)

1. Programmed Auto Exposure

Dalam mod ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai, kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin diambil. Contohnya, mode lansdcape akan memberi nilai aperture yang besar (f/8, f/16) supaya keseluruhan gambar menjadi tajam. Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f/1.8, f/2.8) supaya hanya subjek dapat difokus dengan jelas.

2. Semi Programmed Auto Exposure

Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture Priority dan Shutter Priority. Kedua-dua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah eksposure. Aperture Priority digunakan untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. Shutter Priority digunakan untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan.

3. Manual Exposure

Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan sahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar yang mahir mampu mengetahui exposure yang diperlukan berdasarkan gambar yang diingini. Metering merupakan satu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev).

a. Matrix / Evaluative metering

Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering. Metering ini merupakan satu kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul.

b. Partial metering

Kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering iaitu 10-15% dari view finder.

c. Center weighted metering

Kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan ditengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subjek seperti potret kepala.

d. Spot metering

Kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil di dalam view finder iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain di dalam view finder. Contohnya semasa merakam gambar bulan penuh, disebabkan persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang Namun, dengan spot metering, kamera akan mendapatkan exposure pada bulan sahaja.


Panduan Sunny 16

Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam pelbagai cuaca adalah berbeza. Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan.


Tip-Tip Untuk Mengawal Exposure

1. Kecerahan / kegelapan latar belakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar, berhati-hati dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya latar belakang perlu gelap sedikit dari subjek utama atau cerah sedikit sahaja.

2. Apabila mengambil gambar subjek yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi overexposure.

3. Gunakan fill flash apabila tone latar belakang terlalu tinggi berbanding dengan tone subjek untuk mengelakkan sihouette.

4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte diambil untuk menerangkan shape sesuatu subjek, kadangkala silhouette boleh digunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subjek tanpa menunjukkan siapa subjek.

5. Gambar terbaik tidak semestinya 'sempurna' dari segi exposure. Jurugambar yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan / kegelapan yang diingini.


Sebab sesuatu gambar menjadi overexposed atau underexposed

1. Penggunaan 'flsh' pada aperture yang kecil

2. ISO yang tinggi pada persekitaran yang terang

3. Memilih shutter-speed yang amat perlahan pada aperture yang besar


Terlalu banyak cahaya yang masuk boleh mengakibatkan gambar menjadi 'overexposed' manakala terlalu kurang cahaya boleh menyebabkan gambar menjadi 'underexposed'.


0 comments:

Post a Comment