TAN YI YING

TAN YI YING
Unit: S8
Major: Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Canon EOS 550D
Lens: EF 50mm, EFS 18-135mm

ASA dan ISO

ASA dan ISO

    ASA (American Standard Association) dan ISO (International Standard Organisation) adalah ukuran terhadap sensor sensitiviti ukuran. Semakin tinggi angka ISO atau ASA, semakin sensitif sensor kamera terhadap cahaya. Maka, apabila memotret dengan ISO atau ASA yang tinggi, gambar di tempat gelap pun kelihatan terang. ASA digunakan pada kamera filem manakala ISO digunakan pada kamera digital. ISO lebih kurang seperti kepekaan mata manusia. Apabila berada di ruang terang kemudian masuk ke ruang yang gelap, mata kita akan menyesuaikan kepekaannya terhadap ruang tersebut. Semakin tiggi ISO, semakin besar kemungkinan gambar yang dihasilkan kurang tajam dan terdapat bintik-bintik atau noise. Jika ingin gambar yang diambil bersih dan tajam, kita perlu memilih ISO yag serendah seperti ISO 100 atau 200. Kadang-kala, ISO yang tinggi diperlukan untuk ruang yang gelap supaya gambar tidak menjadi kabur.


ASA



ISO


Ukuran ISO

    Ukuran ISO khas dari angka 100, ada juga kamera yang bermula dari ISO 64 dan ISO 80 atau ISO 200. ISO 200 mempunyai kepekaan dua kali lebih besar berbanding dengan ISO 100. ISO 400 mempunyai kepekaan dua kali lebih besar daripada ISO 200. Deret angka ISO adalah ISO 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400 dan seterusnya. Kamera digital canggih kini mempunyai kepekaan sehingga ISO 102400. Toleransi ISO bergantung pada ukuran sensor dan megapixel. Bagi kebanyakan kamera saku, ISO 100-200 adalah tetapan yang ideal. Kualiti ISO 400 sudah memburuk kerana ia akan mempunyai noise. Untuk kamera DSLR, biasanya ISO 1600 adalah perbatasan antara goto yang layak atau tidak kerana ISO 1600 adalah empat kali lebih besar berbanding dengan ISO 400. Kamera DSLR lebih sesuai digunakan pada situasi yang gelap. Semakin tinggi megapiksel dalam ukuran sensor yang sama, semakin banyak bunyi kemunculan. Hal ini disebabkan megapixel yang besar tetapi ukuran sensor kecil malah tidak berkesan.

Ukuran ISO yang ada pada kamera dan hasil gambar yang diambil mengikut ukuran ISO.


Noise atau bintik-bintik berlaku pada gambar apabila menggunakan ISO yang terlalu tinggi.

0 comments:

Post a Comment