Mekanisma Shutter (Shutter Speed)
Mekanisma Shutter
Shutter speed merujuk kepada tempoh masa shutter terbuka bagi membolehkan cahaya masuk dan mengenai sensor. Nilai shutter speed dikira dengan menggunakan sesaat (seconds) dan biasanya lebih rendah dari satu saat. Shutter pada kelajuan 2 saat akan membenarkan kemasukkan cahaya yang lebih dari shutter pada kelajuan 1/250 sesaat. Maka, kita boleh simpulkan seperti di bawah:
Shutter Speed Perlahan = Banyak cahaya masuk
Shutter Speed Yang Laju = Kurang cahaya masuk
Shutter speed yang lambat akan menghasilkan air terjun yang blur.
Pada kelajuan yang perlahan 1/15 sesaat, shutter terbuka lama dan mengakibatkan kelihatan seperti ada bayang-bayang pada belakang buah di atas. Tetapi, kelajuan yang pantas iaitu 1/200 sesaat, buah itu dapat dibekukan dan gambar terhasil tajam dan terang.
Cara DSLR shutter berfungsi
Terdapat 3 asas mekanisme asas dalam rana kamera DSLR iaitu kotak cermin, pintu bawah dan pintu atas. Pada asalnya, kita akan melihat serangkaian cermin yang mendapat cahaya langsung dari lensa. Apabila menekan butang rana (shutter button), sistem cermin terbali ke atas untuk membolehkan cahaya masuk ke sensor. Ini sebabnya mengapa viewfinder menjadi hitam bagi waktu yang singkat semasa mengambil gambar.
Setelah cermin dibalik ke atas, pintu kecil akan bergerak dari atas ke bawah sehingga mendedahkan sensor di bawahnya. Selepas itu, pintu lain akan jatuh ke bawah untuk menutupi keseluruhan sensor. Proses ini boleh berubh mengikut masa bergantung pada panjang shutter speed yang ditentukan. Selepas pintu kedua ditutup, cermin akan jatuh kembali ke tempatnya. Pintu kemudian akan diset semula ke kedudukan asalya. Keseluruhan proses ini dari cermin hingga cermin bawah dikenali sebagai penggerak (actuation).
Berikut adalah contoh grafik 1 penggerak penuh:
0 comments:
Post a Comment