Amali Mini Studio Fotografi
Hari ini saya telah membuat amali mengambil gambar-gambar produk dengan menggunakan mini studio fotografi yang telah dibina. Oleh sebab mini studio fotografi yang dihasilkan adalah bersaiz kecil, maka saya hanya dapat mengambil gambar produk yang bersaiz kecil. Saya telah menggunakan kamera vivo untuk mengambil gambar-gambar tersebut. Berikut merupakan hasilnya.
Ini merupakan mini studio fotografi yang digunakan
Hasil-hasil foto:
Sumber cahaya yang saya gunakan adalah artificial light iaitu saya menggunakan touch light. Berdasarkan hasil yang diperolehi, terdapat bayang-bayang pada objek. Hal ini kerana arah cahaya adalah terhad dan kemungkinan terdekat dengan objek maka akan wujudnya bayang-bayang.
0 comments:
Post a Comment