ISO
Hari ini saya telah belajar kemahiran kawalan ISO. ISO adalah kawalan sensitiviti sensor terhadap cahaya. Biasanya saya akan menggunakan ISO yang rendah pada keadaan yang terang. ISO yang tinggi akan menimbulkan hasil gambar yang banyak noise. Namun, dalam keadaan yang tidak mempunyai cahaya yang mencukupi, ISO yang rendah akan menghasilkan gambar yang gelap.
Berikut merupakan hasil gambar yang saya ambil mengikut tahap ISO yang berbeza.
Aperture: f/5.6
Shutter speed: 1/125
Lokasi: Di dalam bilik
ISO 100
ISO 200
ISO 400
ISO 800
ISO 1600
ISO 3200
ISO 6400
Berdasarkan hasil gambar-gambar di atas, ISO semakin tinggi, gambar akan menjadi lebih terang. Dalam keadaan bilik, ISO 400 dan 800 lebih sesuai untuk digunakan untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik dan solid. Dalam keadaan yang terang seperti outdoor, biasanya akan menggunakan ISO yang lebih rendah seperti ISO 100 dan ISO 200 kerana ia akan menghasilkan gambar yang lebih cantik. Walau bagaimanapun, elakkan guna ISO yang tinggi kerana ia akan menghasilkan banyak noise yang menjadi gangguan kepada kecantikan hasil gambar.
0 comments:
Post a Comment